Begini ceritanya....
ini adalah trip aku yang terakhir tuk sekian kalinya setelah 29 tahun memegang status bujang hehe. sebelum aku menamatkan zaman bujangku, aku bersama 2 lgi rakan telah merancang utk memancing di perairan Kemaman. Kami menggunakan tekong tetap kami iaitu Abg Man Senyum. Ini lah tekong yg dr dulu lagi kami gunakan perkhidmatanya tiap kali kami turun memancing ke Kemaman.
Aku bertolak dr KL seorang diri ke Kemaman setelah hampa mencari peneman tapi tak ada sorang pon sudi utk bersama aku utk trip kali ni. Mana tak nya, last minit nye punye plannn eheh.
Kalau mengikut rancangan asal, sepatutnye kami bertolak dr jeti ke lubuk pada jam 3.30 pgi sabtu tu, tapi kami smpi di jeti pon da jam 5.30 pgi hehe.. sekarung kne bebel dek tekong. kih4.. cool cool.. mancing punye pasal kne cool. perjalanan mengambil masa 3 jam untuk smpi ke lubuk. Bot rempit Abg Man dengan kelajuan 4 knot tetap tabah menempoh ombak yang melambai-lambai. kami mengambil kesempatan utk setup set memancing dan utk set trolling. dengan kelajuan bot begitu amatlah tak sesuai utk kami trolling kerana lure kami akan jadi jet ski.. timbul laa.. jadi kami hanya tengok aje laa awak2 trolling menggunakan set trolling spesel menggunakan koyan je hehe.
dalam jam 8 pagi kami sampi di lubuk pertama. Kedatangan kami disambung riang dek ikan tongkol aka aya yang sedang frenzy sakan. arrrr!!! tak ku layan laa ikan2 tu sbb ia mmg tak makan umpan udang hidop mahupon isi ikan. jadi kami pon membottom laa. sambil2 tu aku pasangkan juga set drifting aku. Rod cap ayam + reel banax GT 5000 + mainline 50lbs, ini lah set killer yg aku sokmo gune tiap kali main drift.
amat membosankan bila ikan bottom pon tak mahu makan kerana arus dasarnya amat lahhh laju. batu no 10 pon senang2 je kne hanyut. klu ini macam, jgn harap laa nk dpt ebek kemaman. rakan2 lain mencari umpan hidop dengan set apollo. byk la juga selar, tamban, kembung yang jadi mangsa kami. hehe.
kami berpindah ke lubuk ke dua berhampiran unjam. Di sini tongkol2 juga masih banyak main kejar2. polis sentri agaknya permainan drang ni. lebey kurang jam 11 pagi rod drift aku mula rukuk sahwiiii!!! sttttttrrrettttttttttttttttttt!!!! lain mcm je cara tarikan dia ni. aku pk kan ini sah cobia aka aruan tasik. sbb dlu2 pengalaman aku terlepas cobia pon macam gtu laa tarikanya. 6 7 minit di peruntukkan utk menewaskan mangsa. sangat menarik bila air laut yang biru jernih telah menampakkan mangsa yang berenang senget2 hehe. NNNnnnnnaaaaaaaaaaahhh!! tu diaa.. tenggirii!!!.. bila ikan menampak diri di tepi bot, aku mula melonggarkan drag krn ia mgkin akan buat selaman menjunam nanti. hehe. tp kekuatan tenggiri tersbut berjaya juga set drift aku kalah kan hehe.. baru ko tahuuuuu haaa.. da ini lah hasilnya.....
Lesen tenggiri pertama aku berskala 11.4KG menjadi mangsa pertama ku hehe.. berbaloi - baloi laa mandu dr KL sorang pon kali hasil ini macam kan??
Azrul selaku Cip Organsme juga tak melepaskan peluang bergambar.
Mau terputus urat buasir mengangkatnya hehe
jenuh main drift kami dipelawa tekong untuk mencuba membulu tongkol dan ini lah hasilnyaa.. yiihaaa.. syok gilee layan tongkol rupenye. lagi bes dari layan tenggiri haha...
berskala 1 - 3.5kg setiap ekor menjadi mangsa...
Juga tak ketinggalan hasil aku yang lain. tengiri 4.5kg ajeee
Darado aka beliting 3.5kg aje
Ain posing dengan tenggiri dan Aya
Pok... awak2 abg man yang rajin
sebahagian dr hasil2 kami
lagi.....
dan lagiii....
bantal pelok aku masa mula2 landing timee atas bot kami.
sekian laa dlu coretan perjalanan kali ni. syukur ngn rezki yang tak disangka2 ini. Mgkin ini laa orang katakan rezki org berdarah manissssss... ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... :D